Thursday, March 18, 2010

.::Menjadi Mawar Terpilih (E4)::.

"Ya Allah budak bertuah ni , tak bangun lagi!Hey , bangun la cepat! Matahari dah tinggi segalah pun tak bangun-bangun lagi!" Bebel Mak Edah. Terkejut Mak Edah bila melihat anak bongsunya masih lagi di pembaringan. Berselimut.

Perlahan si gadis membuka matanya. Menggosok-gosok mata. Dia melihat ibunya sebentar dan kemudian menutup matanya semula.

"Hei , mak kata bangunlah!" Kejut Mak Edah lagi. Mak Edah menggelengkan kepala melihat sikap anak bongsunya itu. Jauh berbeza sekali sekali dengan sikap abang dan kakaknya.

"Alah mak , kejaplah. Lagipun cuti sekolah kan , bagilah tidur lama sikit!" Si gadis menarik selimutnya lalu menutup seluruh tubuhnya.

"Ainul Hayat!!"

"Alah...iyalah. Orang bangunlah. Mak ni kacau je lah. Nak tidur sekejap pun tak boleh!" Ainul Hayat bangun sambil menghentak-hentakkan kakinya dan berjalan menuju ke bilik air. Malas dia mahu mendengar bebelan ibunya yang menyakitkan telinga.

"Hah! Hentak-hentak kaki. Marah la tu. Tahu nak mengamuk je. Tolong mak nya tidak!" Bebel Mak Edah lagi.

Mak Edah berlalu ke dapur untuk menyiapkan makan tengahari untuk suaminya yang akan pulang dari mencari rezeki sebentar lagi. Dalam pada itu , dia terkenang akan anaknya yang sedang jauh di perantauan. Menuntut ilmu. Ainul Mardhiah. Entah kenapa rasa rindu menggamit pada anak perempuan sulungnya itu. Ainul Mardhiah sangat berbeza dengan adiknya Ainul Hayat. Ainul Mardhiah , bidadari yg tercantik disyurga untuk para syuhada. Cantik namanya seindah akhlaknya , berbeza dengan Ainul Hayat. Si gadis kecil molek yang berusia 17 tahun. Namanya indah , Ainul Hayat , yang membawa maksud Mata Kehidupan , namun tingkahnya tidak seindah namanya. Dirinya sendiri tidak menjadi cermin kepada kehidupannya sendiri. Diharap dirinya dapat menjadi cermin kehidupan buat yang lain , namun sayangnya cerminnya sendiri berdebu. Jika diukur dari segi kecantikan , sememangnya Ainul Hayat kelihatannya lagi menarik berbanding kakaknya sendiri. Ainul Hayat mempunyai seraut wajah yang mempesonakan dan bisa membuatkan lelaki melihat 2 kali ke arahnya , berbeza dengan Ainul Mardhiah yang wajahnya tidak secantik adiknya , cuma Ainul Mardhiah sangat suka tersenyum membuatkan wajahnya tampak sentiasa manis. Namun Ainul Hayat kalah dari segi akhlaknya.

Mak Edah sering kali terfikir , di mana silapnya dalam mendidik anak-anaknya. Di mana silapnya dan suami sehingga sikap Ainul Hayat berbeza dengan abang dan kakaknya.

"Mak! Nak makan!" Terkejut Mak Edah dengan teguran tersebut. Ainul Hayat tercegat di tangga dapur sambil mengesat rambutnya yang basah.

"Mak belum masak lagi."

"Hah ? Tak masak lagi ? Aduh mak ni , orang lapar ni!"

"Dah tak ada siapa nak tolong mak. Hayat bukan nak tolong mak pun."

"Ish mak ni."

"Dah-dah. Kalau nak makan cepat , meh tolong mak nih!" Arah Mak Edah. Mak Edah berlalu ke peti sejuk dan mengeluarkan barang-barang untuk memasak.

"Alah , yelah-yelah." Ainul Hayat menghampiri ibunya.

"Hayat , minggu ni kakak kamu balik tau." Ujar Mak Edah . Sengaja mahu dikhabarkan berita kepulangan Ainul Mardhiah pada Ainul Hayat.

"Tahu dah. Semalam kakak message. Mak sukalah tu kan , anak kesayangan dia nak balik." Ainul Hayat mencemik. Dia jadi tidak suka bila kakaknya pulang. Bukan dia membenci cuma setiap kali kakaknya pulang , dia dapat rasakan perhatian ibu dan ayah lebih pada kakaknya.

"Eh budak ni. Mestilah mak suka. Dah lama akak kamu tu tak balik. Kali terakhir dia balik pun , bulan lepas kan." Ujar Mak Edah sambil membersihkan ikan dengan garam dan asam jawa.

Ainul Hayat menjuihkn bibirnya. " Iyalah mak." Ainul Hayat kembali meneruskan kerjanya tanpa mahu membicaraka apa-apa lagi. Dia jadi bosan bila mahu memperkatakan tentang kakaknya.

**************

"Kakak , hujung minggu ini akak sibuk tak ?"Tanya seorang akhwat di bilik solat. Ainul Mardhiah memandang wajah akhwat terbabit , Kaleela.

"Kenapa dik?" Soal Ainul Mardhiah sambil melipat telekungnya. Dia dan Kaleela baru saja selesai menunaikan solat Zohur di surau fakulti.

"Erm , ingat nak ajak akak keluar. Ada hal nak cakap dengan akak."

"Owh , penting ke ?"

"Tak adalah penting sangat pun. Tapi adalah halnya. Boleh tak kak ?" Soal Kaleela lagi. Ainul Mardhiah memandang wajah mulus itu lagi. Timbul rasa kasihan dalam hatinya tapi...

"Maaf la dik. Hujung minggu ini akak balik kampung. Akak dah janji dengan mak. Lagipun dah lama akak tak balik kampung." Ujar Ainul Mardhiah sambil menggenggam tangan Kaleela.

"Erm , tak pelah kalau macam tu kak." Jelas nada sedih dalam bicara Kaleela. Timbul rasa bersalah dalam hati Ainul Mardhiah.

"Macamni lah dik. Apa kata malam ini adik datang bilik akak . Akak lapang malam ini , boleh kita sembang-sembang. Nak ?" Ainul Mardhiah mengemukakan cadangan. Tidak sampai hati dia membiarkan Kaleela sepeti itu. Seperti ada sesuatu yang penting yang mahu diluahkan.

"Boleh ke kak ? Saya segan dengan roommate akak lah."

Ainul Mardhiah tersenyum. " Jangan risau , roomate akak ada kelas sampai malam. Dalm pukul 11 baru dia balik. Kalau awak nak datang , datanglah lepas isyak . Sebelum isyak pun takpe , nanti boleh kita jemaah sekali."

Kaleela diam. Dia seperti berfikir.

"Oklah lah kak. Malam ini lepas maghrib saya datang bilik akak ya."

Ainul Mardhiah tersenyum.

"Ok. Akak tunggu nanti. Erm , akak gerak dulu ya. Akak ada kelas lepas ni. Asallammualaikum." Ainul Mardhiah bangun lalu mencapai begnya.

"Ok kak , jumpa malam ni. Walaykummusalam."

...bersambung..

4 comments:

Anonymous said...

salam.....

olahan cerita, serta plot yg sangat menarik..saya suka membacanya..

Syauqah MUJAHIDAH said...

Sekamar rindu

Syukran .

Kryptonite Merah said...

huk3..
pl0t mmg la menarik..
tp waiting 4 ages nk tggu penulis ni mnulis..
mals t0l.. =p
xleyh wt bku cmnih..
bankrap syrikat 2..
haha..
peace..!! ^_____^

Syauqah Mujahidah said...

budak kecik

aishh budak kecik nih..org bz laa, byk keje..xmcm awk tu , byk ms lpg kan..kan..kan..hehehe

Btw, akk xnk wat buku pun..=p