Monday, March 22, 2010

.::Menjadi Mawar Yang Terpilih (E5)::.

Usai mentadabbur Al-Quran tafsirnya miliknya , terdengar suara seorang insan memberi salam beserta ketukan di pintu biliknya. Perlahan Ainul Mardhiah bangkit.Dia sudah menduga siapa yang datang.

"Walaykumusalam." Perlahan daun pintu dikuak. Berdiri di hadapan sesusuk tubuh.Tersenyum Ainul Mardhiah.

"Masuklah Kaleela." Pelawa Ainul Mardhiah.

Kaleela melangkahkan kakinya masuk ke kamar Ainul Mardhiah. Dia memerhatika sekeliling bilik tersebut. Kemas. Dilihat meja Ainul Mardhiah tersusun pelbagi jenis buku ilmiah. Dia melabuhkan punggungnya di lantai.

"Eh! Kenapa duduk bawah ? Duduk atas kerusi tu. Sejuk duduk bawah tu." Pantas Ainul Mardhiah melarang dari Kaleela duduk di atas lantai sambil memberikan kerusinya.

"Tak pelah. Duduk bawah je. Sejuk sikit..hehe"

"Lah , tak mau lah macam tu. Duduk atas la. Awak kan tetamu akak. Tak baik duduk bawah. Ta pun , duduk atas katil akak tu." Ainul Mardhiah rasa tidak selesa melihat tetamunya hanya duduk di lantai. Nampak tidak sopan pula membiarkan tetamu duduk di bawah.

"Erm , takpelah kak. Erm , kakak , maaf ya lambat. Saya janji nak datang lepas Maghrib , sudahnya saya lepas Isyak. Ada hal tadi. Nak sms akak , tapi tak ada kredit." Kaleela memohon maaf atas kelewatannya.

Ainul Mardhiah tersenyum. "Takpelah adik. Akak pun risau juga sebenarnya bila awak tak datang-datang lepas Maghrib tadi , tapi akak agak mungkin awak ada hal."

"Erm , kakak...ermmm.." Kaleela kelihatan tergagap-gagap untuk menyatakan sesuatu. Perlahan Ainul Mardhiah duduk bersimpuh di sebelahnya.

"Kenapa ni ? Kaleela nak cakap apa dengan kakak ?"

Lama Kaleela terdiam. Kemudian , terdengar esakan tangisan Kaleela.

"Eh , Kaleela. Kenapa nih?" Kaget sebenar Ainul Mardhiah. Dia terkejut melihat tangisan Kaleela. Perlahan tubuh Kaleela dirangkul erat.

"Kaleela , cuba cerita pada akak , apa masalaha awak? Kalau akak boleh tolong , akak tolong."

Kaleela masih lagi menangis. Ainul Mardhiah hanya diam. Memberi masa untuk Kaleela bertenang. Tidak lama selepas itu , barulah Kaleela bersuara.

"Mak ayah saya nak bercerai kakak." Ujarnya.

"Astagfirullahal'azim!Betul ni ?" Terkejut Ainul Mardhiah akan kenyataan tersebut.

Kaleela mengangguk.

"Erm , boleh akak tahu kenapa ?"

"Ayah nak kahwin lagi. Mak tak bagi. Itu yang sampai nak bercerai tu. Saya tension kak. Setiap kali saya balik rumah , tak pernahnya aman. Mak ayah saya asyik bergaduh je. Adik-adik saya pula , bila dengar mak dan ayah gaduh , mereka jadi takut. Menangis. Sebab tu sekarang ini , saya jarang balik rumah. Saya lebih suka duduk kat kolej. Tapi bila saya fikir , kalau saya tak balik saya kasihan pada adik-adik saya." Tersedu-sedu Kaleela bercerita. Rasa simpati Ainul Mardhiah tertumpah di situ.

"Sabar ya dik. Dugaan semua tu."

"Saya tak tahu nak sabar macam mana lagi , kak. Saya jadi tension. Saya takut perkara ini akan beri kesan pada study saya."

Ainul Mardhiah terdiam.Kemudian Ainul Mardhiah menyambung.

"Erm , adik. Ini semua dugaan .Allah nak ujian iman awak. Beruntung awak kerana diuji sebegini. Ujian Allah , bukti Dia sayang. Dia takkan uji kalau awak tak mampu. Itu tandanya Dia sayang awak dan Dia tahu awak mampu hadapinya."

"Entahlah kak. Saya jadi buntu. Saya tak tahu nak buat apa sekarang nih." Air mata masih lagi tertumpah di tubir mata Kaleela. Ainul Mardhiah mencapai tisu dan menghulurkan pada Kaleela.

"Kaleela , apa kata kalau awak bawa berbincang hal ini dengan mak ayah awak. Mungkin awak boleh membantu mereka. Lagipun , akak rasa , kasihan juga pada adik-adik awak." Ainul Mardhiah mengutarakan cadangannya.

"Saya tak berani kak."

"Cubalah dulu. Kalau awak tak cuba , awak takkan tahu kan. Mana tahu , selepas mak ayah awak dengar suara hati awak sebagai seorang anak , mereka boleh berbaik-baik."

Kaleela terdiam. Kemudian dia memandang wajah Ainul Mardhiah.

"Kakak teman boleh ?" Soalnya.

Terdiam Ainul Mardhiah. Kemudian dia tersenyum. Ainul Mardhiah mengangguk.

"Boleh. Nanti akak temankan."

"Terima kasih kak."

Tiba-tiba daun pintu dibuka. Terjengul sesusuk tubuh. Pantas Kaleela mengesat airmatanya.

"Eh, ada tetamu rupanya. Maaf ya." Ujar si pemilik tubuh.

"Awak ni pun Ain , bukan nak beri salam dulu sebelum masuk." Tegur Ainul Mardhiah.

"Hehehe, saya lupalah."Ujar Qurratu'ain.

"Kakak , saya balik dululah." Kaleela bingkas bangun.

"Eh , nak balik dah ke ? Sembanglah dulu." Ujar Qurratu'ain. Dia perasan akan kesan airmata di mata Kaleela.

"Betul tu. Duduklah lama sikit Kaleela." Ujar Ainul Mardhiah pula.

Kaleela tersenyum. "Tak pelah. Saya pun ada kerja sikit selepas ini. Terima kasih ya kak." Kaleela mencium tangan dan pipi Ainul Mardhiah dan kemudia bersalam dengan Qurratu'ain.

Tatkala Kaleela melangkah keluar , Qurratu'ain lantas bertanya.

"Kenapa tu?"

"Aishhh , awak ini Ain. Laju je nak tahu hal orang ea." Ujar Ainul Mardhiah.

"Hehehe , biasalah tuh. Tapi tadi kenapa Mar ? Saya nampak mata dia merah. Dia menangis kan ?"

"Eh ? Nak jadi mamarazi ker ?"

"Alah awak ni Mar. Ceritalah." Desak Qurratu'ain.

Ainul Mardhiah menggeleng-gelengkan kepala."Masalah dunia. Awak tak boleh tahu." Ainul Mardhiah sengaja mengusik. Geli hati Ainul Mardhiah melihat gelagat temannya yang seorang ini. Semuanya nak tahu.

"Alah , kedekutlah awak ni Mar." Qurratu'ain menarik muka masam.Muncung.

"Hah! Dah keluar dah muncung itik dia tu. Muncung sangat tu Ain. Saya nak gantung baju pun boleh..hehehe." Ainul Mardhiah mengusik lagi.

Terbeliak mata Qurratu'ain mendengar kata-kata Ainul Mardhiah.

"Mar..jahat!"

Ainul Mardhiah menutup mulutnya. Menahan tawanya dari meledak.

"Betullah. Muncung sangat. Saya nak gantung hanger pun boleh."

Qurratu'ain menjeling Ainul Mardhiah. Ainul Mardhiah tersenyum

"Dah la tu. Jangan merajuk. Maaf ya Ain. Saya bukan taknak cerita , tapi hal peribadi orang.Takkan saya nak jaja pulak kan. Maaf ya." Pujuk Ainul Mardhiah.

"Ok! Tapi awak kena belanja saya." Ujar Qurratu'ain.

Tersenyum Ainul Mardhiah. "Baiklah.Untuk kawan baik saya ni , apa pun saya sanggup...hehe" Ainul Mardhiah mencubit lembut pipi gebu Qurratu'ain. Demi untuk memenangi hati sahabatnya itu , Ainul Mardiah sanggup melakukan apa saja asalkan sahabatnya itu kembali senyum.

"Sakitlah..!" Jerit Qurratu'ain. Kemudian dia tertawa.
Lega hati Ainul Mardhiah melihat sahabatnya kembali tersenyum.

..bersambung...

Thursday, March 18, 2010

.::Menjadi Mawar Terpilih (E4)::.

"Ya Allah budak bertuah ni , tak bangun lagi!Hey , bangun la cepat! Matahari dah tinggi segalah pun tak bangun-bangun lagi!" Bebel Mak Edah. Terkejut Mak Edah bila melihat anak bongsunya masih lagi di pembaringan. Berselimut.

Perlahan si gadis membuka matanya. Menggosok-gosok mata. Dia melihat ibunya sebentar dan kemudian menutup matanya semula.

"Hei , mak kata bangunlah!" Kejut Mak Edah lagi. Mak Edah menggelengkan kepala melihat sikap anak bongsunya itu. Jauh berbeza sekali sekali dengan sikap abang dan kakaknya.

"Alah mak , kejaplah. Lagipun cuti sekolah kan , bagilah tidur lama sikit!" Si gadis menarik selimutnya lalu menutup seluruh tubuhnya.

"Ainul Hayat!!"

"Alah...iyalah. Orang bangunlah. Mak ni kacau je lah. Nak tidur sekejap pun tak boleh!" Ainul Hayat bangun sambil menghentak-hentakkan kakinya dan berjalan menuju ke bilik air. Malas dia mahu mendengar bebelan ibunya yang menyakitkan telinga.

"Hah! Hentak-hentak kaki. Marah la tu. Tahu nak mengamuk je. Tolong mak nya tidak!" Bebel Mak Edah lagi.

Mak Edah berlalu ke dapur untuk menyiapkan makan tengahari untuk suaminya yang akan pulang dari mencari rezeki sebentar lagi. Dalam pada itu , dia terkenang akan anaknya yang sedang jauh di perantauan. Menuntut ilmu. Ainul Mardhiah. Entah kenapa rasa rindu menggamit pada anak perempuan sulungnya itu. Ainul Mardhiah sangat berbeza dengan adiknya Ainul Hayat. Ainul Mardhiah , bidadari yg tercantik disyurga untuk para syuhada. Cantik namanya seindah akhlaknya , berbeza dengan Ainul Hayat. Si gadis kecil molek yang berusia 17 tahun. Namanya indah , Ainul Hayat , yang membawa maksud Mata Kehidupan , namun tingkahnya tidak seindah namanya. Dirinya sendiri tidak menjadi cermin kepada kehidupannya sendiri. Diharap dirinya dapat menjadi cermin kehidupan buat yang lain , namun sayangnya cerminnya sendiri berdebu. Jika diukur dari segi kecantikan , sememangnya Ainul Hayat kelihatannya lagi menarik berbanding kakaknya sendiri. Ainul Hayat mempunyai seraut wajah yang mempesonakan dan bisa membuatkan lelaki melihat 2 kali ke arahnya , berbeza dengan Ainul Mardhiah yang wajahnya tidak secantik adiknya , cuma Ainul Mardhiah sangat suka tersenyum membuatkan wajahnya tampak sentiasa manis. Namun Ainul Hayat kalah dari segi akhlaknya.

Mak Edah sering kali terfikir , di mana silapnya dalam mendidik anak-anaknya. Di mana silapnya dan suami sehingga sikap Ainul Hayat berbeza dengan abang dan kakaknya.

"Mak! Nak makan!" Terkejut Mak Edah dengan teguran tersebut. Ainul Hayat tercegat di tangga dapur sambil mengesat rambutnya yang basah.

"Mak belum masak lagi."

"Hah ? Tak masak lagi ? Aduh mak ni , orang lapar ni!"

"Dah tak ada siapa nak tolong mak. Hayat bukan nak tolong mak pun."

"Ish mak ni."

"Dah-dah. Kalau nak makan cepat , meh tolong mak nih!" Arah Mak Edah. Mak Edah berlalu ke peti sejuk dan mengeluarkan barang-barang untuk memasak.

"Alah , yelah-yelah." Ainul Hayat menghampiri ibunya.

"Hayat , minggu ni kakak kamu balik tau." Ujar Mak Edah . Sengaja mahu dikhabarkan berita kepulangan Ainul Mardhiah pada Ainul Hayat.

"Tahu dah. Semalam kakak message. Mak sukalah tu kan , anak kesayangan dia nak balik." Ainul Hayat mencemik. Dia jadi tidak suka bila kakaknya pulang. Bukan dia membenci cuma setiap kali kakaknya pulang , dia dapat rasakan perhatian ibu dan ayah lebih pada kakaknya.

"Eh budak ni. Mestilah mak suka. Dah lama akak kamu tu tak balik. Kali terakhir dia balik pun , bulan lepas kan." Ujar Mak Edah sambil membersihkan ikan dengan garam dan asam jawa.

Ainul Hayat menjuihkn bibirnya. " Iyalah mak." Ainul Hayat kembali meneruskan kerjanya tanpa mahu membicaraka apa-apa lagi. Dia jadi bosan bila mahu memperkatakan tentang kakaknya.

**************

"Kakak , hujung minggu ini akak sibuk tak ?"Tanya seorang akhwat di bilik solat. Ainul Mardhiah memandang wajah akhwat terbabit , Kaleela.

"Kenapa dik?" Soal Ainul Mardhiah sambil melipat telekungnya. Dia dan Kaleela baru saja selesai menunaikan solat Zohur di surau fakulti.

"Erm , ingat nak ajak akak keluar. Ada hal nak cakap dengan akak."

"Owh , penting ke ?"

"Tak adalah penting sangat pun. Tapi adalah halnya. Boleh tak kak ?" Soal Kaleela lagi. Ainul Mardhiah memandang wajah mulus itu lagi. Timbul rasa kasihan dalam hatinya tapi...

"Maaf la dik. Hujung minggu ini akak balik kampung. Akak dah janji dengan mak. Lagipun dah lama akak tak balik kampung." Ujar Ainul Mardhiah sambil menggenggam tangan Kaleela.

"Erm , tak pelah kalau macam tu kak." Jelas nada sedih dalam bicara Kaleela. Timbul rasa bersalah dalam hati Ainul Mardhiah.

"Macamni lah dik. Apa kata malam ini adik datang bilik akak . Akak lapang malam ini , boleh kita sembang-sembang. Nak ?" Ainul Mardhiah mengemukakan cadangan. Tidak sampai hati dia membiarkan Kaleela sepeti itu. Seperti ada sesuatu yang penting yang mahu diluahkan.

"Boleh ke kak ? Saya segan dengan roommate akak lah."

Ainul Mardhiah tersenyum. " Jangan risau , roomate akak ada kelas sampai malam. Dalm pukul 11 baru dia balik. Kalau awak nak datang , datanglah lepas isyak . Sebelum isyak pun takpe , nanti boleh kita jemaah sekali."

Kaleela diam. Dia seperti berfikir.

"Oklah lah kak. Malam ini lepas maghrib saya datang bilik akak ya."

Ainul Mardhiah tersenyum.

"Ok. Akak tunggu nanti. Erm , akak gerak dulu ya. Akak ada kelas lepas ni. Asallammualaikum." Ainul Mardhiah bangun lalu mencapai begnya.

"Ok kak , jumpa malam ni. Walaykummusalam."

...bersambung..