Wednesday, January 5, 2011

.::Menjadi Mawar Terpilih [E7]::.

"Sihat?" Ujar si pemilik tubuh

Ainul Mardhiah diam. Matanya liar memandang sekeliling. Melihat jika ada insan lain yang turut sama berada di perpustakaan ketika itu. Mujur ada juga beberapa pelajar lain di situ. Ainul Mardhiah lantas mengemaskan alat tulis dan buku-bukunya tanpa memandang wajah yang berada dihadapannya. Soalan yang diajukan tidak bersambut. Si pemilik tubuh masih lagi memerhatikan dirinya.

"Eh,nak balik dah ke?"Soal si pemilik tubuh itu lagi. Masih tidak jemu memancing Ainul Mardhiah untuk berbicara dengannya. 'Ah! Macam ada emas dalam mulut kau!' Rungut si pemilik tubuh.

Ainul Mardhiah lantas bangun dan bersedia untuk memulakan langkah. Masih lagi tidak memandang insan yang berada dihadapannya. Ainul Mardhiah seboleh-bolehnya mahu segera berlalu dari situ. Dia tidak suka suasana seperti itu.

"Saya dah hantar rombongan meminang ke rumah Mar." Kata-kata si lelaki mematikan langkah Ainul Mardhiah. Dia berpaling dan memandang wajah si lelaki. Lelaki tersebut tersenyum.'Yes! Berjaya!'

"Untuk Ainul Hayat?" Soal Ainul Mardhiah.

Mati terus senyuman lelaki itu. "Bukan. Untuk Mar."

Kenapa nama Ainul Hayat pula yang timbul? Langsung tidak terlintas di fikirannya nama Ainul Hayat. Sejak dari zaman sekolah sehingga sekarang,hanya ada 1 nama saja yang terukir dihatinya. AINUL MARDHIAH.

"Ya Allah Am..Kenapa buat saya macam nih?" Soal Ainul Mardhiah. Amzar memandang wajah Ainul Mardhiah.Lama. Pabila menyedari Amzar sedang merenung wajahnya,pantas Ainul Mardhiah mengalihkan pandangannya.

"Buat apa? Saya cuma melamar Mar.Tak salah kan? Lagipun saya cintakan Mar.Jadi,tak salahkan saya lamar Mar."Ujar Amzar. Selama ini dia sudah berusaha bermacam-macam cara untuk membuatkan Ainul Mardhiah menerimanya.Namun segala usahanya sia-sia. Sukar sekali mahu ditawan mawar yang sekuntum ini.Amzar boleh dikategorikan sebagai lelaki kacak yang berada di kampus. Ramai saja pelajar-pelajar wanita di kampus yang sudi menjadi temannya. Petik jari,sesiapa saja dia boleh dapat. Malah yang lebih cantik dan menawan juga boleh dimiliki namun entah kenapa hatinya tertarik pada Ainul Mardhiah. Sifat Ainul Mardhiah yang pemalu dan menjaga adabnya sebagai seorang wanita Islam menarik hatinya. Sejak dari bangku sekolah lagi , hatinya tertawan pada Ainul Mardhiah. Dan sejak dari zaman persekolahan juga dia berusaha menawan hati Ainul Mardhiah , namun gagal.

"Maaf Am.Saya rasa jawapan selama ini sudah jelas. Cukuplah Am. Saya sudah letih."

"Mar, saya cintakan Mar.Hanya Mar yang saya cinta selama ini.Saya rasa saya tak boleh tunggu lebih lama lagi. Saya mahu Mar jadi milik saya."

Gulp! Merah wajah Ainul Mardhiah mendengar kata-kata Amzar. Bukan kerana malu,tetapi kerana marah. Mengucap panjang dia dalam hati tatkala mendengar kata-kata Amzar.

"Cukup Am! Cukup! Saya tak mahu dengar apa-apa lagi. Sepatutnya Am meletakkan Allah sebagai cinta Am yang utama. Sepatutnya Am mengejar cinta Dia sebelum mengejar cinta manusia. Saya harap Am faham. Jawapan saya masih seperti dulu.Asallammualaikum."Ainul Mardhiah pantas berlalu meninggalkan Amzar.

Terdiam Amzar mendengar kata-kata Ainul Mardhiah. 'Kau akan jadi milik aku Mar.Milik aku.'

*************

Mata Asyraf meliar memandang sekeliling. Masih tidak kelihatan kelibat insan yang ditunggu-tunggu. Jam menunjukkan hampir ke pukul 3.3o petang. Kelas akan bermula sebentar saja lagi.Kelas akan bermula beberapa minit saja lagi.

Zahwan yang sedari tadi memerhatikan gelagat Asyraf menghampiri temannya itu.

"Cari Ainul Mardhiah ?" Soal Zahwan.

Terkejut Asyraf dengan soalan temannya. "Eh,taklah. Tunggu lecturer lambat sangat. Aku dah mengantuk ni." Asyraf mencipta alasan.

Zahwan tersenyum. Dia tahu Asyraf sengaja mencipta alasan."Kejap lagi dia sampai ok. Tunggu je."

"Eh..mana ada aku....." Belum sempat Asyraf menghabiskan kata-katanya , pintu kelas dibuka dan kelihatan Ainul Mardhiah melangkah masuk ke kelas. Mata Asyraf tertangkap di situ.

"Tu..dah sampai." Zahwan mengusik temannya.

Asyraf cuma mendiamkan diri.Matanya masih memandang Ainul Mardhiah yang sudah pun duduk di sebelah temannya. Aunul Mardhiah mengenakan baju kurung berwarna merah hati bertudung labuh berwarna hitam. Manis sekali. Tapi ada sesuatu yang tergambar di wajah Ainul Mardhiah.

'Cantik....tapi kenapa wajahnya nampak muram..?' Asyraf berbicara sendirian.

..bersambung..