Sunday, December 27, 2009

Menjadi Mawar Yang Terpilih (E2)

“Erm , dah la Ira. Aku ada kelas pukul 3 nih. Aku balik bilik dululah . Nak solat dulu.” Ainul Mardhiah cuba untuk mengelak dari menjawab soalan yang diutarakan oleh Humaira.
Humaira mendengus.

“Hah ! Tengoklah tu. Nak lari lah tu.”

“Bukan nak lari,tapi aku memang ada kelas lepas nih. Lagipun soalan itu tak penting pun untuk aku jawab buat masa ini. Kau tu yg penting. Jangan sedih2 lagi ok!” Ainul Mardhiah mula bangkit dan menuju ke pintu. Sebelum melangkah keluar , sempat dia berpaling dan berpesan , “ Solat jangan lupa. Nanti marah2 sangat , sampai lupa nak solat.”

“Tau lah..”

Hilang saja bayangan Ainul Mardhiah dari pandangan matanya , pantas Humaira meletakkan tubuhnya ke tilam.

‘Ah! Sekejap lagi lah solat. Baik tidur dulu.’

Dalam perjalanan menuju ke kamarnya , Ainul Mardhiah terserempak dengan juniornya , Syafiqah.
“Aslmualaikum Kak Mar” Tegur Syafiqah.
“Walaykumslam. Eh Syafiqah , dari mana nih ?”
“Baru balik kelas lah kak. Akak ni dari mana ?”Syafiqah pula bertanya.
“Akak dari bilik kawan tadi. Ni dah tak ada kelas lagi ke ?”
“Dah tak ada dah. Kelas abis pukul 2 tadi. Akak takda kelas ke ?”
“Akak nak bersiap pergi kelas lah ni. Nak balik bilik solat dulu.” Ainul Mardhiah melemparkan senyuman pada beberapa org sahabat2 yang lalu lalang di hadapannya. Ada yang dia tidak kenal , tapi apa salahnya melemparkan senyuman kan. Senyuman itu bukan kah satu sedekah. Rasul swt juga suka tersenyum.

“Oh, oklah kak. Erm , malam ni usrah ada kan?” Soal Syafiqah lagi. Syafiqah juga merupakan anak usrah Ainul Mardhiah. Selain Syafiqah ,ada lagi 3 orang juniornya yang menjadi anak usrahnya.
“Insya Allah ada. Macam biasalah ya.”
“Erm , ok. Eh , akak pergilah solat dulu . Nanti lambat pula akak nk bersiap ke kelas. Jumpa malam nanti ya kak.” Tangan dihulurkan untuk bersalaman.Tangan Ainul Mardhiah dikucup.
“Ok. Jumpa malam nanti ya dik.”

Ainul meneruskan langkahnya utk pulang ke kamar dan bersiap utk ke kelas. Harinya jadualnya tidak terlalu padat. Hanya 1 kelas pada sebelah pagi dan 1 kelas lagi di sebelah petang.

*****
Suasana di kafetaria seperti biasa riuh rendah dengan suara pelajar2 yang mahu membeli makan dan tidak kurang juga yang bersembang2 kosong. Nama saja pelajar university ,namun masih ada yang tidak bertamadun. Menjerit2 sewaktu mahu membeli makanan dan dan bersembang dengan volume suara yang kuat. Ibaratnya rakan sembang itu berada 10 km jauhnya.
Nun di satu sudut , kelihatan seseorang sedang begitu tekun menulis. Kadang kala terlihat dia seakan2 resah dengan keadaan sekeliling. Sekejap2 matanya melilau memandang sekeliling.

“Oit..!”
Tersentap Asyraf dengan sergahan tersebut. Tercampak pen.

“Aduh… kau ni Iqbal. Terperanjat aku. Beri salam dulu tak boleh ker?” Asyraf mengambil semula pennya dan meneruskan penulisannya tanpa menghiraukan Iqbal yang sudah pun melabuhkan punggung di sisinya.

“Hehehe , sorry2. Aku tengok kau tekun je menulis. Kau buat apa?” Mata Iqbal mencuri pandang pada apa yang ditulis oleh Asyraf.Tangannya mencapai sehelai kertas yang penuh dengan tulisan dari tangan Asyraf.

“Ish kau ni. Bagi balik kertas tu. Aku tak siap assignment lagi nih.”

“Lah , tak siap assignment rupenya. Aku ingat kerja apa lah tadi. Tekun sangat sampai suasana yang hiruk pikuk macam nih pun kau buat tak tahu. Kalau aku , x lepas lah nak buat assignment ke kat sini.”

Asyraf Cuma menjeling sekilas pada Iqbal. Dia meneruskan penulisannya.

“Aku nak buat kat library tadi , tapi tak penuh. Tu yg aku buat kat sini. Eh ! Kau ni dah siap belum assignment yang Pn Zety beri ? Relax je aku tengok.”

“Aku macam biasalah. Mestilah dah.” Ada sedikit nada riak pada tutur kata Iqbal.

“Uish! Pelik aku kau boleh siapkan assignment kau. Buat sendiri?”

“Kau ni Asyraf , macam tak faham2 pulak kan. Aku copy paste je,heheh. Aku pinjam roommate aku punya. Dia dah buat assignment ni sebelum nih. Pn Zety dah beri assignment ni lebih awal pada kelas dia.Lagipun , aku ada date semalam, hehehe”

“Aku dah agak dah. Kau ni…! Erm , date dengan Ira ke semalam ?” Asyraf kadang2 rasa letih dengan sikap rakannya itu . Sudah puas dinasihati supaya jangan meniru , namun ibarat mencurah air ke daun keladi. Tiada hasil.

“Erm , bukanlah. Yang baru.”

“Hah ..? yang baru lagi…? Kau ni Iqbal..? Sampai bila nih ..?” Asyraf sememang sudah masak dengan sikap rakannya itu. Sering bertukar2 pasangan. Bukan tidak pernah ditegur , malah berkali2. Namun tiada hasil.

“Alah Asyraf , relaxlah. Ni lah masanya nak enjoy zaman muda. Lagipun , aku suka2 je dengan diaorang tu semua. Tiada feeling pun.”

“Aku bukan apa, aku kasihan je. Ira tu , aku tengok baik. Tapi kau main2kan dia. Tak baik buat anak orang macam tuh Iqbal.”

“Eleh Asyraf , mana kau tahu Ira tu baik ? Ni mesti kau puji2 dia sebab kau nak try usha kawan dia tuh kan?” Iqbal tersengih2.

“Apa maksud kau ni Iqbal?” Asyraf memandang tajam pada rakannya.

“Tuuuu…” Iqbal menunjuk ke satu arah.

Asyraf memandang ke arah yang ditunjuki oleh Iqbal. Kelihatan satu susuk tubuh sedang melangkah di hadapan mereka ,menuju ke blok b. Kebetulan Blok B , berhadapan dengan kafetaria ,jadi setiap orang lalu lalang , akan dapat dilihat dengan jelas.

Pemilik tubuh tersebut berjubah hitam dan bertudung biru laut. Asyraf lantas menundukkan pandangannya dan terus menyambung penulisannya yg terhenti sebentar tadi.

“Hah tengok. Dah merah muka dah.” Usik si Iqbal. “Macam mana nak dapat kalau malu2 kucing macam nih?” semakin galak si Iqbal mengusik Asyraf.

“Diamlah kau Iqbal.”

..Bersambung

Thursday, December 24, 2009

Menjadi Mawar Yang Terpilih (E1)

Humaira benar2 rasa teramat marah saat ini. Rasanya dia mahu baling semua barang2 yang ada di kamarnya saat itu. Lelaki memang tak guna!!!! Penipu!!! Lidah bercabang!!!! Habis semua sumpah seranahnya di hamburkan di dalam hati. Entah berapa bakul pun dia tak tahu.
Perlahan dia terdengar pintu biliknya di ketuk.

Tok..tok..tok..

Dia diam membatu. Langsung tidak bangun dari pembaringannya. Matanya masih tetap ke siling bilik.

Tok..tok..tok..

Terdengar lagi ketukan di pintu bilik. Kali ini lebih kuat berbanding tadi. Dia masih diam.

“Ira..bukalah pintu ni. Aku tau kau ada kat dalam.”

Sayup2 saja kedengaran suara tersebut di cuping telinganya. Bantal ditekup ke wajahnya.

“Ira , jangan macam nih. Bukalah.” Lagi suara itu kedengaran.

Perlahan dia bangun. Melangkah malas ke daun pintu. Tatkala pintu bilik dikuak , tercegat satu batang tubuh dihadapannya. Berbaju kurung putih berbunga merah. Dikenakan dengan tudung bawal berwarna merah darah. Manis. Padan sekali dengan tuannya.

“Masuklah,”ujarnya seraya melangkah semula ke katilnya.

Perlahan Ainul Mardhiah melangkah masuk. Dia melabuhkan punggungnya di sisi Humaira.

“Ni kenapa nih ? Gaduh dengan Iqbal lagi ?” Teka Ainul Mardhiah. Dia tahu dan dia yakin , tekaannya tidak silap. Mengerti sangat dia dengan situasi rakannya itu jika berkeadaan begitu . Pastinya bergaduh lagi dengan teman lelakinya itu. Sewaktu Ainul Mardhiah terserempak dengannya di tangga tadi , dari riak wajah , dia dapat merasakan ada yang tidak kena.
Humaira diam. Lama. Kemudian , perlahan2 dia menganggukkan kepalanya.

“Erm , kali ini apa pulak ceritanya ?” Ainul Mardhiah meneruskan bicaranya.

“Dia tipu aku Ira. Sampai hati dia buat aku macam ni,” tersedu2 Humaira memulakan ceritanya.Ainul Mardhiah tekun mendengar. Satu persatu butir bicara Humaira di dengari dengan teliti.

“Aku tak sangka dia akan buat aku macam ni. Dia ada perempuan lain selama ini. Hidup2 aku kena tipu. Dulu waktu nak couple dengan aku , macam2 dia janji. Itu lah ini lah. Merayu aku bagai nak rak. Tapi bila dah dapat , senang je dia mungkir janji dia. Cari perempuan lain. Lelaki memang tak guna!!!!!” Dari gerak bicara sahabatnya itu , Ainul Mardhiah tahu , sahabatnya itu sedang dalam emosi yang tidak terkawal.

“Mana kau tahu semua ini ?” Ainul Mardhiah menyoal. Dia tidak mahu membuat spekulasi awal dan berburuk sangka. Bimbang nanti , lain yang jadi.

“Aku Nampak sendiri tadi kat shopping mall. Aku serang mereka kat situ jugak. Terkapai2 jugalah si Iqbal tu nak jawab tadi. Tapi akhirnya dia mengaku jugak,” berjurai2 airmata Humaira jatuh ke pipi. Timbul rasa simpati dalam hati Ainul Mardhiah pada sahabatnya itu.

Itulah. Bahana cinta. Bukan nak cakap apa , bahana cinta yang tidak halal ini , beginilah jadinya.

“Sabarlah ya Ira. Dugaan semua tu.” Ainul Mardhiah cuba menenangkan sahabatnya.

“Kau cakap senang Mar. Kau tak pernah rasa. Hati aku ni yang sakit. Aku dah beri seluruh hati aku pada dia. Tapi dia buat aku macam ni. Mana janji dia dulu ?!!! Konon setia lah , nak sehidup sematilah.”Tempelak Humaira. Terkejut seketika Ainul Mardhiah dengan tingkah sahabatnya itu.

“Sabar ya Ira. Bukan aku nak bela siapa2 , tapi silap kau pun ada juga.”

Terbeliak biji mata Humaira mendengar kata2 Ainul Mardhiah.

“Apa kau ni ? Kenapa salah aku pula? Dia yang curang , bukan aku.”

Tersenyum Ainul Mardhiah mendengar kata2 itu.

“Silap kau bila kau terlalu percaya pada janji lelaki. Itu je.”

“Apa ? Salah ke aku percaya pada janji2 Iqbal itu ?” Seakan tidak puas hati Humaira dengan apa yang diucapkan dengan Ainul Mardhiah.

“Secara jujurnya , memang salah pun. Sebab antara kau dengan Iqbal tidak ada apa2 yang pasti lagi. Ira,pegang cakap aku ni , selagi semuanya belum pasti , janganmudah percaya pada janji lelaki. Kalau tak , macam inilah jadinya.”
Diam. Lama.

“Tapi Mar , dia dah janji nak kahwin dengan aku lepas grad nih. Dia dah jumpa mak ayah aku pun. Aku pegang janji dia sampai sekarang Mar. Dia selalu kata , dia pasti akan kahwin dengan aku jugak.”

Ainul Mardhiah terdiam. Aih , inilah kalau sudah mabuk cinta , dah jadi buta dah. Dah suluh terang benderang pun masih tak boleh melihat lagi. Masih Nampak gelap lagi.

“Iya, aku tahu. Tapi masalahnya , dah kahwin ke belum ? Belum kan? Jadi , ianya belum lagi pasti. Macam2 boleh jadi Ira. Kau takkan tahu. Lagipun Ira , lelaki. Fitrahnya memang dijadikan macam tu. Merayu dan pandai bermain kata2. Kita pula sebagai perempuan , dengan fitrah yang selalu rasa ingin disayangi , akan mudah rasa tergoda dengan bujukan tu semua.” Humaira menggenggam erat tangan sahabatnya. Dia meneruskan kata2nya ,
“Sudahlah tu Ira , tak payah nak menangis lagi. Iqbal tu bukan siapa2 pun pada kau kan. Bukan suami kau pun. Jadi , tak guna menangisi lelaki macam tu , buang air mata je.”

“Susahlah Mar , kau tak pernah rasa bercinta. Kalau kau rasa , mesti kau tahu macam mana sakitnya. Tak tertanggung.”

Ainul Mardhiah hanya tersenyum. Memang dia tidak pernah bercinta pun. Tapi dia dapat rasakan semua itu apabila melihat pengalaman sahabat2nya yang bercinta dan Humaira adalah salah seorang dari mereka . Ainul Mardhiah mengutip setiap pengalaman sahabat2nya. Pengalaman itu berharga baginya.

“Sebab tu aku tak nak bercinta selagi ianya tidak pasti,” ringkas saja ucapan Ainul Mardhiah

Humaira memandang sahabatnya , “maksudnya kau nak kahwin dulu baru bercinta ? Macam tu ?” soalnya.

Tersenyum Ainul Mardhiah mendengar soalan sahabatnya

Bersambung..

Tuesday, October 20, 2009

.::Pemalas Yang Selfish::.

Dengan nama Allah swt yang maha pemurah lagi maha penyayang. Salam kerinduan buat Muhamad Bin Abdullah , kekasih hati. Salam rindu juga buat semua sahabat blogger.

Rasanya , lama sudah dia tidak menjenguk ke sini. Rasanya dia perlu muhasabah kembali tentang tanggungjawabnya di blog Tinta Semalam ini. Semakin dia hanyut mengabaikan tanggungjawabnya di blog ini , jangan blog ini , blog miliknya yang di"private"kan itu juga sudah lama dia tidak ziarah. Sudah lama dia tidak menulis.

Malas mungkin. Ataupun pentingkan diri sehingga lupa pada tanggungjawab ini dan mengutamakan blog yang satu lagi. Jika itu anggapannya , semoga Allah swt ampunkan dirinya.

Hanya satu saja yang dia mohon saat ini. Khasnya untuk "cermin dirinya" yang tidak sabar2 mahu membaca hasil penulisan cerpennya (ye ke ukhti ? hehehe) , bersabarlah. Dia masih butuh waktu. Ditambah2 dengan imtihan yang hanya terlalu hampir waktunya , membuatkannya tidak betah dan tidak punya idea untuk berkarya. Tiada idea. Kosong. Mungkin apabila cuti nanti , dia akan mulakan penulisannya.



Bicara hati ini :
Tiba2 rindu pulak pada opah .. padahal baru bermalam dengan opah hari tu ..
Bukan apa , dah lama tak buat nakal dengan opah nih ..hehehe..
Opah! Jom kita buat nakal jap. Siapa mangsa kita opah...?! U pilih i follow jerk!

'SahabatMusleem'/

Tuesday, October 6, 2009

:: Mulakan Yang Terbaru ::

Bismillahirrahmannirrahim
Dengan sepenuh kerendahan hati , ana memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya ana masih diberi peluang bernafas dan ana diberi kekuatan untuk melakukan sesuatu yang baru. Salam sayang salam rindu , buat satu-satunya insan yang mendapat tempat teratas dalam hati ini , Muhamad Bin Abdullah.

Kosong
Tiada apa-apa entry pun dalam blog ini
Jangan pelik , jangan terkejut .

Setelah agak lama ana memikirkan perkara ini , ana membuat keputusan untuk memadamkan semua post yang pernah ana publish di sini. Kira oklah kan daripada ana delete blog ini..hehehe

Ana rasa ana mahu mulakan sesuatu yang baru di sini. Sesuatu yang berbeza dari sebelumnya. Ana teringat kata-kata seorang akhwat pada ana baru-baru ini ..

"Kenapa anti tak cuba untuk menulis ? Tulis cerpen ke ? "

Menulis cerpen .. ? Agak memberansangkan juga , tapi ana kira ana tidak punya bakat untuk mengarang.

"Ana kenal anti dari sekolah lagi , ana tahu anti ada bakat itu. Dari dulu ana pernah cakap kan , anti ini sesuai jadi penulis."

Lama ana diam memikirkan kata-kata akhwat ini. Jujurnya , ana mengaku. Dulu waktu ana di zaman persekolahan , ana pernah menghasilkan beberapa cerpen dan puisi , untuk dipublishkan dalam majalah sekolah , tapi tak banyak lah , dan itu sekadar untuk suka-suka untuk mengisi masa lapang.

Tapi apabila ada yang meransang ana untuk menulis , tergerak hati ana untuk mencuba terjun ke dalam bidang penulisan cerpen , dan kalau ana mampu , terasa untuk menulis novel satu hari nanti.

Cita-cita untuk menjadi novelis pernah ada satu ketika itu , tapi ana kira itu tidak boleh ana jadikan pekerjaan sepenuh masa. Kerana ana punya cita-cita ana sendiri. Cita-cita yang dari dulu ana pendam dari dulu yang ana kira tiada siapa yang tahu. Sampailah satu ketika seorang akhwat menyatakan pada ana ..

"Ukhti , ana tunggu anti di sana ok! "

Bertambah bersemangat ana rasa mahu terbang ke sana..doakan ana ya.

Dengan penuh rasa kesyukuran dan dengan lafaz Bismillahirrahmannirahim
Ana lancarkan blog ini untuk tujuan penulisan cerpen ataupun penulisan novel yang akan ana mulakan penulisannya sedikit masa lagi. Semoga dengan wujudnya ia , akan memberi ibrah kepada semua yang berkunjung.

Disamping itu , ana amat mengalukan-alukan sebarang komen atau pandangan untuk penambahbaikan di sepanjang proses ana berkarya. Tajuk untuk cerpen atau novel yang bakal ana karangkan telah lama ana fikirkan iaitu , BERMULANYA DARI HATI , apa yang akan ana karangkan adalah berkaitan dengan hati kerana dari hatilah bermula segalanya dan dari hatilah hadirnya sumber kekuatan. Semuanya bermula dari hati. Tetapi , seawalnya ini , ana mohon ampun dan maaf , jika ada penulisan ana kelak , mempunyai persamaan dengan mana-mana individu atau mana-mana kisah yang berkaitan dengan diri masing-masing , kerana apa yang bakal ana karangkan adalah pengalaman dari apa yang ana lihat , ana dengar dan ana alami. Untuk itu , asif Jiddan!

Syukran Jazilan untuk semua..
Doakan ana najah ya..