En. Salleh dan Pn. Siti menundukkan wajah. Jelas terpancar riak kekecewaan di wajah mereka. Namun apakan daya , mereka cuma meminta , andai si empunya badan tidak sudi memberi , masakan mahu dipaksa.
"Tak mengapalah Pak Isa. Kami faham. Tapi kami berharap dan kami akan menunggu kata putus dari Ainul Mardhiah sendiri. Dan kami berharap , jawapannya nanti akan menggembirakan kami dan anak kami." Ujar En. Salleh. Penuh harapan.
Pak Isa memandang wajah isterinya. Tersenyum." Insya Allah."
"Kalau begitu , kami minta diri pulang dulu lah ya. Dalam beberapa hari lagi , kami datang untuk mengetahui tentang keputusannya."
Pak Isa dan Mak Edah menghantar kepulangan En. Salleh dan Pn.Siti perasaan penuh rasa bersalah. Ini bukan rombongan pertama yang datang merisik Ainul Mardhiah. Dalam masa 3 bulan ini , sudah hampir 5 rombongan yang datang. Namun semuanya Pak Isa berikan jawapan yang sama. Dia kadang kala sampai naik malu mahu menolak tapi keputusan ditangan anaknya. Dia mahu anaknya menentukans sendiri teman hidupnya.
Usai pasangan tersebut pulang , Mak Edah memandang Pak Isa.
"Macam mana ni bang ?"
"Macam mana apa lagi ? Awak tanyalah anak awak tu." Ujar Pak Isa. Dia menutup dan mengunci pintu rumah.
"Erm , tak perlu tanya pun saya dah tahu jawapan Mardhiah bang." Tersenyum Pak Isa mendengar kata-kata isterinya. "Tak pe , awak tanya sajalah. Dia tolak atau tidak , biar dia minta jawapan dari Allah. Biar dia yang putuskan."
"Tapi kan bang , saya memang berkenan dengan si Amir itu , hehehe.Elok benar buat menantu." Ujar Mak Edah lagi.
"Kalau awak berkenan , tapi anak awak tak berkenan , tak jadi juga kan. Sudah-sudah la tu. Nanti awak tanya saja dengan Mardhiah."
"Erm , yelah. Nanti saya telefon dia."
Dari dalam bilik , Ainul Hayat mengetap giginya. Darahnya naik memuncak.
'Tak guna kau Mar..!!!!' Jeritnya di dalam hati.
*****************
Ainul Mardhiah meneruskan penulisannya. Masih ada sikit lagi yang perlu ditulis. Esok tugasan ini perlu dihantar. Dia memandang sekeliling. Pelajar-pelajar sudah semakin berkurang. Dia melihat jam tangannya. Tepat jam 2 petang.
'Erm,patutlah pun. Kelas sudah bermula.'Mujur Ainul Mardhiah tidak mempunyai kelas jam 2 , jadi dia punya masa yang lapang untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya semalam. Ainul Mardhiah memang bukan seorang gadis yang suka menangguhkan kerja. Dia suka menyiapkan kerja sebelum pada waktunya. Padanya , bila kerjanya siap lebih cepat dari jadual yang diwaktukan , dia akan punya masa yang banyak untuk menambahbaik tugasannya. Dan lagi , dia tidak mahu masa memburunya. Biar dia yang memburu masa.
Tiba-tiba , kerusi dihadapannya ditarik seseorang. Dia mengangkat wajahnya. Terbeliak matanya melihat sebatang tubuh yang sudah pun melabuhkan punggung dia kerusi itu. Lantas dia menundukkan wajahnya kembali.
"Asallammualaikum." Si pemilik tubuh menyapa.
'Wa'alaikummusalam'.. Ainul Mardhiah menjawab dalam hati. Dia masih menundukkan wajahnya. Hatinya mula tidak tenang.
...bersambung..
4 comments:
salam..
cehh..
zmn bersilih ganti..
tggu dy nye post..
pendek nih jerk..??
bankrap2..
hahaa..
peace..!!
guro2..
huhu~~
mnx ampun dan maaf ya!!
~~nk trial nih.. kne jd bek~~
heee.. doakan sy ye!!
ok.. salam..^^
dah dkt sebulan akk delete blog ni la..hehe..
ni bru undelete balik..
Oh..smga najah dek..=)
teruskan penulisan.
penulisan yang baik, baru ist time bukak, terus baca e6
pun sudah teruja.
sedikit kesal melihat perkataa ...bersambung....
harap dapat sambung cerita scpt mungkin.
manalah tahu reqest ku diterima.
moga ALLAH campakkn idea terus menulis u islam.
Salam hilmi..
Syukran ya..
Mohon doanya ya..=)
Post a Comment