Sunday, January 3, 2010

.::Menjadi Mawar Yang Terpilih (E3)::.

Ainul Mardhiah melangkah kemas ke surau Al-Hidayah yang terletak berhampiran asramanya. Dari jauh , dia dapat melihat kelibat Syafiqah dan adik-adik usrahnya yang lain. Sekilas dia menoleh ke perkarangan surau Al-Hidayh dan kelihatan di situ beberapa orang syabab sedang bersembang di atas motorsikal masing-masing. Dari gaya berpakaian kesemua syabab tersebut , berbaju melayu dan berkain pelikat serta bersongkok , dia dapat ,mengagak pastinya mereka itu semua baru pulang dari melaksanakan solat Isyak secara berjemaah di surau tersebut. Jauh di sudut hatinya , dia memanjatkan kesyukuran kerana kehadiran syabab-syabab tersebut mengimarahkan surau Al-Hidayah. Tidaklah sunyi saja surau tersebut. Cuma satu yang dia kurang senang. Kenapa tidak terus saja pulang ke rumah ? kenapa perlu membuang masa dengan bersembang-sembang kosong ? Itu semua hanya membuang masa. Daripada bersembang tidak tentu hala itu , adalah lebih baik melakukan sesuatu yang berfaedah. Ah! Bersangka baik saja.Mungkin mereka ada isu perbincangan yang penting.

Perlahan Ainul Mardhiah menaiki anak tangga surau.
“Assallammualaikum..” Ainul Mardhiah memberikan ucapan salam.
“Walaikummussalam.” Serentak ucapan salamnya disambut oleh adik-adik usrahnya.
“Maaf ya adik-adik semua. Akak lambat sikit. Tadi ada hal sikit.” Ainul Mardhiah memohon maaf di atas kesalahannya yang lewat hadir pada malam itu. Biasanya dia tidak pernah lewat , Cuma tadi teman sebiliknya memintanya bantuannya untuk menyelesaikan permasalahannya berkaitan dengan assignment yang diberikan pensyarah mereka.
“Tak pelah kak. Lagipun akak dah text message beritahu pada Syafiqah kan.Kami pun baru je sampai,” yang lain hanya menganggukkan kepala masing-masing.

“Oh! Maaf sangat-sangat ya. Erm, tak mengapalah. Kita mulakan usrah kita pada malam ini dengan Al-Fatihah.” Masing –masing menadah tangan dan mula membaca Al-Fatihah secara senyap.
“Eh! Mana Sakinah ?” Sedari tadi Ainul Mardhiah tidak melihat kelibat Sakinah.
“Sakinah tak sihat sikit kak. Dia demam. Dia minta maaf sebab tak dapat datang dan dia kirim salam pada akak.” Ujar Nurul Iman. Gadis kecil molek yang bermata sepet itu. Sekali dilihat , macam anak cina pun ada. Masakan tidak, Nurul Iman adalah anak kacukan Melayu-Cina. Dia bercampuran darah cina di sebelah ibunya.

“Oh! Walaikumussalam. Tak pelah kalau macam tu. Kita teruskan usrah kita pada malam ini. Akan minta adik-adik semua buka surah Al-Baqarah , ayat 284.
Pantas masing-masing membuka tafsir Al-Quran masing-masing. “Ok. Siapa nak baca ?” Soal Ainul Mardhiah.
“Saya kak..” pantas saja Nurul Iman mengangkat tangan. Tersenyum saja Ainul Mardhiah melihatnya.
“Say abaca tafsirnya ya kak..”ujar Aisyah yang duduk di sebelah kiri Nurul Iman.
“Baiklah. Silakan.”

Dengan penuh kekhusyukan , Nurul Iman mengalunkan ayat suci Al-Quran tersebut. Sebutannya jelas. Tajweednya juga tepat. Selesai saja Nurul Iman membacanya , Aisyah pula membacakan erti disebalik ayat yang dibaca.

“Segala yang ada di langit dan dibumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang2 dan peraturan-Nya) dan ingatlah , Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

“Erm , terima kasih Iman , terima kasih Aisyah. Baiklah , apa yang adik-adik faham tentang ayat ini ?” Soal Ainul Mardhiah. Satu persatu wajah adik-adik Usrahnya dilihat.
“Err , tentang hak milik.” Ujar Syafiqah.
“Hak milik yang bagaimana yang Syafiqah maksudkan ?” soal Ainul Mardhiah lagi.
“Errr , kita ini adalah hak milik Allah.”
Ainul Mardhiah tersenyum. “Ok. Hampir tepat. Yang lain ?”

Diam.

“Baiklah. Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Syafiqah itu hampir tepat. Tentang hak milik. Ayat ini menerangkan tentang penetapan dan pemilikan Allah swt terhadap sesuatu atau apa-apa yang ada di langit dan di bumi. Segala apa yang ada di alam semesta ini dan segala isi bumi ini adalah kepunyaan Allah swt. Bukan milik kita. Diri kita juga adalah Allah swt yang punya.” Ulas Ainul Mardhiah. Dia lihat adik-adik Usrahnya tekun mendengar apa yang dia cuba perkatakan. Ainul Mardhiah menyambung lagi.

“Cuba adik-adik lihat pada tafsiran ‘Segala yang ada di langit dan dibumi adalah kepunyaan Allah’ , ayat ini menjelaskan hakikat sebenar pemilikan itu hanya disematkan kepada Allah swt , namun Allah swt secara hukum sebab dan akibat telah ,memberikan hak pemilikan itu terhadap hamba-hambaNya.”

“Macam Allah beri kita pinjam ?” Aisyah mencelah.

“Exactly. Macam pinjaman. Allah swt hanya beri kita pinjam.Macam-macam Allah swt beri kita pinjam. Ibu , ayah , abang , kakak , adik dan semuanya yang kita ada hari ini adalah pinjam. Jadi , kalau kita sudah pinjam , apa yang kita kena buat pada yang member kita pinjam?” Ainul Mardhiah memandang Nurul Iman. Cuba mengharapkan jawapan dari Nurul Iman.

“Kita kena ucap terima kasih. Kena bersyukur. Maknanya , kita kena melaksanakan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Itu sebagai salah satu cara untuk menunjukkan yang kita bersyukur dengan apa yang Allah beri kita pinjam.” Ujar Nurul Iman. Tersenyum Ainul Mardhiah mendengar jawapan tersebut.

“Erm , ada lagi satu perkara yang kita kena lakukan selepas kita pinjam. Syafiqah ?” Ainul Mardhiah memandang Syafiqah. Syafiqah diam sejenak , kemudian Syafiqah menjawab ,
“Kita kena pulangkan kembali kepada tuan punya hak milik.”

“Yup. Betul tu. Bila kita sudah pinjam , kita kena pulangkan kembali kepada tuannya. Allah sudah beri kita pinjam , jadi sampai masa kita kena pulangkan walaupun kita tidak mahu pulangkan. Tapi itu bukan hak kita. Sebagai hambaNya , kita tidak dapat menyatakan bahawa kita memiliki sesuatu yang diberikan oleh Allah swt kepada kita. Kenapa agaknya ? sebab pemilikan manusia itu hanya bersifat fana.”

“Tapi kak , bukan kah nanti kalau Allah ambil kembali apa yang Dia berikan , akan terjadi perubahan dalam hidup kita ?” Soal Aisyah.

“Ya dik. Perubahan itu mesti terjadi dan tidak ada seorang pun yang dapat menolaknya. Setiap kali perubahan itu datang , kita mesti ingat bahawa Allah swt mahu kita saling menyayangi , tolong menolong dan saling menutupi kekurangan antara satu dengan yang lain. Saling melengkapi.” Ujar Ainul Mardhiah.

“Macam seorang lelaki melengkapi dan mentupi kekurangan seorang wanita dan begitu juga sebaliknya?” Tersengih-sengih Syafiqah menyatakan pendapatnya.

“Ya. Lebih kurang macam itulah.” Ainul Mardhiah menyambung lagi. “Jadi adik-adik akak semua , akak ingatkan supaya menjaga sebaik-baiknya apa jua yang Allah beri pinjam pada kita. Ibu, ayah , abang , kakak , adik dan semuanya lah. Hatta perasaan sayang dan kasih yang adik-adik miliki saat ini juga adalah pinjaman dariNya. Hargai selagi ada. Panjatkan kesyukuran padaNya. Bila-bila masa saja Allah swt boleh tarik kembali semua yang Dia pinjamkan.Macam yang Iman yang katakan tadi , kita kena bersyukur. Jadi hambaNya yang taat. Itu sebagai salah satu tanda kesyukuran kita. Dan bila tiba waktunya untuk dipulangkan , ikhlaskan hati adik-adik semua.”

Terdiam semua adik-adik usrahnya mendengar apa yang diperkatakan oleh kakak Naqibah mereka itu.

********

Sementara itu di luar surau , kelihatan 2 orang syabab yang masih belum pulang. Rasanya sudah hampir satu jam mereka di situ.

“Asyraf , kau ni tak nak balik ke?” Tanya Imran.
“Sekejap lagilah. Tunggu sekejap lagi. Lepak lah dulu.” Ujar Asyraf.
“Kau ni. Aku nak balik lah. Dari tadi duduk sembang kat sini. Kawan-kawan lain semua dah balik dah. Nak sembang apa lagi nih?” Hakikatnya Imran tahu apa yang bermain di fikiran Asyraf dan dia tahu mengapa Asyraf masih tidak mahu pulang lagi.
“Ala Im , sekejap je lagi.”
“Sudahlah tu Asyraf. Kalau setakat hari-hari mengendap macam ini , tak ada mananya nak dapat.” Imran mula menghidupak enjin motorsikalnya.

Asyraf memandang Imran .Lama. “Maksud kau?”

“Aik! Tak faham lagi ? Sudah lah Asyraf. Kau sendiri faham. Malas aku nak cakap dah. Ni kau nak balik ke tak ni? Aku tinggal nanti. Kau balik sendiri.” Imran mula mengugut.Ugut main-main je. Bukan betul-betul pun.

Perlahan Asyraf melangkah ke arah Imran dan mula membonceng di belakang Imran.

..bersambung..

No comments: